Pengenalan

Korban Untuk Ummah, merupakan sebuah kempen anjuran Yayasan Maghfirah menjelang Hari Raya Aidiladha yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019. Kempen ini, dijalankan bagi memberi kemudahan kepada para muslimin dan muslimat melaksanakan ibadah korban. Melalui ibadah korban dalam kempen ini, agihan daging korban dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Laksanakan ibadah korban, demi menyebarkan syiar Islam.

Korban untuk Ummah

Ibadah Korban iaitu penyembelihan binatang ternakan seperti unta, lembu atau kambing dan seumpamanya adalah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)..” Surah Al-Kautsar: 2

Korban untuk Ummah Malaysia 1444H adalah Program Korban Aidiladha yang merupakan projek tahunan Yayasan Maghfirah khusus akan dilaksanakan sekitar Lembah Klang, beberapa kawasan terpilih dan beberapa tempat diluar negara. Projek Korban ini memberikan sasaran pengagihan daging korban kepada masyarakat yang memerlukan.

1. Menyediakan ruang dan peluang kepada seluruh umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban.
2. Membantu umat Islam yang memerlukan khususnya masyarakat miskin bandar melalui penyerahan daging-daging korban.
3. Meninggikan syiar Islam dengan melaksanakan ibadah korban

Pencapaian Yayasan Maghfirah

Negara-negara yang disantuni