Yayasan Maghfirah (no. pendaftaran: PPAB-04/2018) telah ditubuhkan pada awal 2018 dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha islah umat di dalam bidang pendidikan dan kebajikan. Berpusat di Bandar Kajang, Yayasan Maghfirah komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya.

Menjadi Sebuah Yayasan unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia di bidang pendidikan, kebajikan, perubatan, dan dakwah.

  • Menjadi yayasan terkedepan di dalam membantu umat Islam yang tertimpa musibah.
  • Membangun jaringan pendidikan di peringkat rendah, menengah, dan tinggi dengan berpaksikan ajaran islam ahli sunnah wal jamaah.
  • Membentuk sukarelawan di bidang kebajikan dan pendidikan dengan karakter pendakwah (da’i) yang holistik dan seimbang.

Pencapaian Yayasan Maghfirah