Soalan Lazim
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
“Kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)”.
[Surah al-Kautsar, 108:2]
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
i. Orang Islam
ii. Merdeka
iii. Baligh (Dewasa)
iv. Berakal
v. Mampu
i. Kibas, biri-biri atau domba (Berumur lebih 1 tahun)
ii. Kambing (Berumur lebih 1 tahun)
iii. Lembu atau kerbau (Berumur lebih 2 tahun)
iv. Unta (Berumur lebih 5 tahun)
Ciri-ciri haiwan itu pula haruslah jinak, terdiri daripada haiwan peliharaan atau ternakan.
• Membantu golongan yang memerlukan dan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin, miskin bandar, muallaf, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mangsa pelarian melalui pengagihan daging korban.
• mengembangkan syiar Islam, memupuk dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam.
• Berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan Aidiladha bersama-sama dengan mereka yang memerlukan.
Bermaksud sedekah yang dihimpunkan untuk membeli dan menyembelih haiwan ternakan. Agihan daging akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Dikira sebagai sedekah, bukan ibadah korban.
Contoh : 50 penderma telah bersedekah daging, untuk Aidiladha. Yayasan Maghfirah, himpunkan hasil sedekah dan membeli seekor lembu untuk disembelih. Daging ini dikira sembelihan biasa untuk membantu golongan memerlukan. TIDAK DIKIRA sebagai IBADAH KORBAN
• hukum sedekah daging yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekarang bukanlah seperti ibadah korban kerana jumlah yang disumbangkan tidak mencukupi harga bagi satu-satu bahagian korban.
Berkenaan dengan status pahala mereka yang melakukan sedekah daging, tidak diragukan lagi bahawa perbuatan ini merupakan salah satu amal kebaikan yang akan diganjari pahala memandangkan perbuatan adalah ta’awun ala al-birri wa at-taqwa (saling membantu dalam kebaikan dan taqwa). Lebih-lebih lagi apabila sedekah daging yang dilakukan dapat membantu golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan.
• Ibadah korban dilaksankan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada mereka berdua dan mereka berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih.Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah SWT lebih daripada yang lain walaupun melibatkan nyawa dan kasih sayang.
• Ibadah korban yang dilakukan juga adalah sebagai cara mendekatkan diri pada Allah SWT dan bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikan.
• Keempat ialah berkongsi nikmat dan rezeki yang Allah berikan dengan orang lain di hari raya Aidl Adha. Ketika seorang Muslim menyembelih korbannya, maka ia telah berkongsi nikmat bersama keluarganya dengan memakan sebahagian daging tersebut. Dan ketika memberi sedekah bahagian yang lain untuk jiran-tetangga dan kerabatnya, maka dia telah berkongsi nikmat dan rezeki dengan mereka.
• Kelima, ibadah korban lebih baik daripada sedekah dengan wang yang sama nilai dengan haiwan korban. Ibnul Qayyim rhm berkata, “Penyembelihan yang dilakukan di waktu mulia lebih afdal daripada sedekah senilai penyembelihan tersebut. Oleh kerananya jika seseorang bersedekah untuk menggantikan kewajiban penyembelihanpada manasik tamattu’ dan qiron meskipun dengan sedekah yang bernilai berlipat ganda, tentu tidak bisa menyamai keutamaan udhiyah.” (Lihat Talkhish Kitab Ahkamil Udhiyah wadz Dzakaah, hal. 11-12 dan Sahih Fiqh Sunnah, 2: 379.)
• Menambat haiwan yang hendak dikorban menjelang Hari Nahar (Hari Raya Aidiladha).
• Memberi makanan kepada haiwan korban sebelum disembelih.
• Memastikan haiwan tersebut tidak makan makanan yang syubhah seperti makan rumput di kawasan yang bukan milik tuan haiwan korban.
• Meletakkan tanda serta menutup tubuh haiwan korban supaya dapat merasakan kepentingan korban.
• Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri.
• Membaca Bismillah.
• Berselawat ke atas Nabi SAW.
• Penyembelih dan haiwan mengadap ke arah kiblat.
• Memilih haiwan ternakan yang paling baik.
• Menunggu haiwan yang disembelih itu sehingga sejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau benar-benar mati dan baharulah dilapah.
• Orang yang melakukan korban disunatkan tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga dia telah selesai berkorban.
TIDAK BOLEH, kerana antara syarat sah qurban adalah orang yang masih hidup tetapi jika simati mewasiatkan qurban atau telah melakukan nazar,diharuskan melaksanakan ibadah qurban lalu diniatkan pahala qurban disedekahkan kepada simati.
Ada beberapa pendapat tentang persoalan ini.
1- HARUS dan pahalanya juga sampai kepada si mati.Pendapat majoriti ulamak dalam mazhab Al-Hanafi, Al-Maliki, Al-Hambali dan sebahagian As-Syafie.
Bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Saiyidatina Aisyah R.A, Rasulullah SAW ketika menyembelih haiwan korban, baginda melafazkan:
بِسْمِ اللَّهِ. اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya:
“Bismillah… Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad” .
(Hadis Riwayat Muslim: 1967)
(dikatakan pada masa itu ada umat Nabi yang sudah meninggal)
2- MAKRUH menurut pendapat sebahagian ulamak dalam mazhab Al-Maliki.
Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang yang melaksanakan ibadah korban untuk si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid (mendatangkan hasil) perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”.
(Syarah Mukhtasar Al-Khalil: 3/42)
3- TIDAK BOLEH melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, melainkan atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati. Ini adalah pendapat terkuat di kalangan para ulamak dalam mazhab As-Syafie.
Disebut oleh Al-Imam Al-Nawawi, beliau berkata:
وَلاَ تَضْحِيَةَ عَنِ الغَيـْرِ بِغَيـْرِ إِذْنِهِ وَلاَ عَنْ مَيْتٍ إِنْ لَـمْ يُوصِ بـِهَا
Maksudnya: “Dan tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga melakukan korban untuk orang yang telah meninggal dunia melainkan ia telah diwasiatkan”
(Minhaj At-Tolibin wa Umdah Al-Muftin – Darul Minhaj: M/S: 538)
Mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana sepertimana yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:
“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”
“Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.” – Riwayat Muslim (1977)