FAQ

Utama / Arkib / FAQ

Ibadah Korban

Ibadah Korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Hukum melaksanakan ibadah korban adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.

Tetapi, ia boleh jadi WAJIB sekiranya

  • Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
  • Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
  • Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.
  • Qurban atas dasar wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
  • Qurban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat
  • Qurban Ta’yin, iaitu Qurban yang diniatkan ke atas binatang yang tertentu

Ibadah korban dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah.

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka (bukan golongan hamba)

Binatang yang boleh dijadikan sebagai haiwan sembelihan untuk ibadah korban ialah binatang-binatang yang dikategorikan sebagai binatang ternakan. 

Contohnya seperti unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri. 

  • Membaca Bismillahirrohmanirrohim.
  • Berselawat ke atas Nabi SAW. 
  • Menghadapkan binatang korban ke arah kiblat di atas lambungnya sebelah kiri (kambing/lembu).
  • Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
  • Berdoa; “Ini adalah nikmat daripadaMu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya.”

Tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.

  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail atas perintah Allah SWT.
  • Melahirkan tanda syukur atas nikmat yang Allah berikan.
  • Menanamkan sikap berkongsi dan bersedekah.
  • Memberi peluang orang yang tidak mampu untuk merasai makanan daging. 

Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.

Boleh, dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibubapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.

Satu bahagian lembu Qurban hanya untuk seorang peserta sahaja. Tetapi harus diingatkan bagi peserta itu untuk berniat (doa) serta sedekahkan pahala Qurban itu kepada ahli keluarganya yang lain.

Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.

Menjadikan daging sembelihan korban (udhiyah) sebagai upah kepada mereka yang terbabit menjalankan kerja-kerja korban seperti tukang sembelih, tukang lapah dan lainnya bererti menjual daging membeli tenaga kerja. Ia dilarang dan haram dilakukan. 

Artikel Penuh – Hukum memberikan daging korban sebagai upah penyembelih

Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.

Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang dimaksudkan ialah dengan membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah Qurban.

Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah Qurban kepada urusetia program Qurban. Akad perwakilan itu juga perlu memadai dengan niat oleh peserta Qurban.

Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berqurban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah Qurban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah Qurban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.

Hukum berhutang bagi mengerjakan ibadah korban

Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah Qurban pada setiap tahun.