FAQ
Utama / Arkib / FAQ
Ibadah Korban
Ibadah Korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Hukum melaksanakan ibadah korban adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Tetapi, ia boleh jadi WAJIB sekiranya
- Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
- Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
- Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.
- Qurban atas dasar wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
- Qurban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat
- Qurban Ta’yin, iaitu Qurban yang diniatkan ke atas binatang yang tertentu
Ibadah korban dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah.
- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan
- Merdeka (bukan golongan hamba)
Binatang yang boleh dijadikan sebagai haiwan sembelihan untuk ibadah korban ialah binatang-binatang yang dikategorikan sebagai binatang ternakan.
Contohnya seperti unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri.
- Membaca Bismillahirrohmanirrohim.
- Berselawat ke atas Nabi SAW.
- Menghadapkan binatang korban ke arah kiblat di atas lambungnya sebelah kiri (kambing/lembu).
- Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
- Berdoa; “Ini adalah nikmat daripadaMu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya.”
Tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.
- Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail atas perintah Allah SWT.
- Melahirkan tanda syukur atas nikmat yang Allah berikan.
- Menanamkan sikap berkongsi dan bersedekah.
- Memberi peluang orang yang tidak mampu untuk merasai makanan daging.
Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.
Boleh, dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibubapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.
Satu bahagian lembu Qurban hanya untuk seorang peserta sahaja. Tetapi harus diingatkan bagi peserta itu untuk berniat (doa) serta sedekahkan pahala Qurban itu kepada ahli keluarganya yang lain.
Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.
Menjadikan daging sembelihan korban (udhiyah) sebagai upah kepada mereka yang terbabit menjalankan kerja-kerja korban seperti tukang sembelih, tukang lapah dan lainnya bererti menjual daging membeli tenaga kerja. Ia dilarang dan haram dilakukan.
Artikel Penuh – Hukum memberikan daging korban sebagai upah penyembelih
Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.
Boleh, bergantung kepada kemampuannya.
Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang dimaksudkan ialah dengan membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah Qurban.
Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah Qurban kepada urusetia program Qurban. Akad perwakilan itu juga perlu memadai dengan niat oleh peserta Qurban.
Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berqurban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah Qurban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah Qurban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.
Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah Qurban pada setiap tahun.
Langkah Daftar Korban
1. Klik link untuk mendaftar https://app.korbanummah.com/korban
2. Isi semua maklumat
- Nama Penuh
- No. Telefon
- Emel
- Kata Laluan
1. Isikan maklumat peserta korban
- Pendaftar boleh daftarkan sebanyak mungkin peserta korban hanya dengan 1 akaun.
Nak daftarkan mak, ayah, abg, adik, pakcik, makcik, kawan2 pun mudah. Buat 1 akaun, daftar ramai2.
2. Sahkan Maklumat yang diisi dengan menanda ‘checkbox’ pengesayah di bawah senarai peserta.
1. Baca dan tanda ‘checkbox’ untuk akad korban.
2. Pilih kaedah transaksi yang diingini
- ATM/CDM
- Online Banking
- Ansuran (Kad Kredit/Debit)
1. Baca dan tanda ‘checkbox’ untuk akad korban.
2. Pilih “Pembayaran secara luar talian (Mesin CDM/ATM).
3. Catatkan jumlah yang perlu dibayar beserta no. account.
4. Pilih “Muat Naik Kemudian”
4. Pergi ke mesin ATM/CDM dan buat pembayaran anda.
5. Dapatkan resit pembayaran.
6. Pergi ke laman web https://app.korbanummah.com/registrant
7. Log Masuk dengan menggunakan Email dan Password yang telah didaftarkan.
8. Pergi ke ‘Invoices’ dengan menekan menu di sebelah kiri.
9. Klik icon mata pada column action yang berstatus “Waiting For Receipt”
10. Sila muat naik resit pembayaran pada ruangan “Upload Receipt”.
11. Tekan butang Submit.
12. Tunggu 1-3 hari bekerja untuk dapatkan approval di dalam sistem.
1. Baca dan tanda ‘checkbox’ untuk akad korban.
2. Pilih “Pembayaran secara atas talian (FPX).
1. Baca dan tanda ‘checkbox’ untuk akad korban.
2. Pilih “Pembayaran secara ansuran (Kad Kredit/Debit).
3. Pilih pakej ansuran yang diingini.
4. Lihat dan semak butiran pembayaran.
5. Lafazkan akad dan tick pada kotak akad.
6. Baca terma dan syarat bayaran yang dikenakan dan akan dikenanakan.
7. Tick pada kotak syarat menandakan sejutu.
8. Tekan butang Terus ke Pembayaran
9. Isi butiran kad yang akan digunakan untuk pembayaran.
10. Tekan butang Pay untuk membuat pembayaran.
1. Pergi ke laman web https://app.korbanummah.com/registrant
2. Log Masuk dengan menggunakan Email dan Password yang telah didaftarkan.
3. Pergi ke ‘My Korban’ dengan menekan menu di sebelah kiri.
4. Klik icon mata pada column action yang berstatus “TEMPAHAN DITERIMA”
5. Status akan berubah mengikut status terkini tempahan korban. Gambar dan video hanya boleh dilihat selepas korban selesai.