Tarikh Menuju Hari Raya AidilAdha : 9 Julai 2022
Tarikh Hari Raya AidilAdha : 9 Julai 2022
Testimoni Peserta Korban

“ Pengurusan dengan Yayasan sangat mudah, dan semua soalan yang diajukan dijawab dengan baik dan cepat.”
PUAN ZULIANA

“ walaupun pertama kali, tapi saya berpuas hati dengan perkembangan yang kerap diberikan di dalam group. Dan perkembangan proses penyembelihan dalam bentuk video saya sangat suka kerana saya boleh berkongsi dengan anak -anak supaya mereka dapat menghayati ibadah korban.”
PUAN RIA

“ urusan pendaftaran dan bayaran, mudah dan lancar. Staf sangat responsive dan membantu untuk guide dalam perkara-perkara sunat. Status korban juga di update from time to time. Paling penting, syukur dapat melaksanakan korban di Malaysia walaupun berada di luar negara.”
Puan AMINAH
(BERADA di Jepun)
Korban Untuk Ummah
Korban Untuk Ummah, merupakan sebuah kempen anjuran Yayasan Maghfirah menjelang Hari Raya Aidiladha yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019. Kempen ini, dijalankan bagi memberi kemudahan kepada para muslimin dan muslimat melaksanakan ibadah korban. Melalui ibadah korban dalam kempen ini, agihan daging korban dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Laksanakan ibadah korban, demi menyebarkan syiar Islam.
Pakej Korban 2022
Korban Ummah menyediakan 3 pakej utama bagi tahun 2022.
RM50 per lot
Daging korban akan diagihkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan dan setiap lot sedekah kambing bermula dengan harga serendah RM50.
Tarikh akhir daftar :
09 Julai 2022
RM800 per bahagian
Gambar, video sembelihan, dan sijil akan diberikan kepada penyumbang.
Rakan kerjasama : Pusat Sembelihan, Masjid & Surau, Pusat Komuniti
Tarikh akhir daftar :
26 Jun 2022
RM350 - RM700 per bahagian
Pelaksanaan ibadah korban akan dilakukan dengan kerjasama yang dilantik oleh urusetia Korban Untuk Ummah.
Tarikh akhir daftar :
26 Jun 2022
Korban Dalam Negara
Ibadah korban telah disyariatkan untuk menyebarkan syiar Islam. Pelaksanaan ibadah korban akan dilakukan dengan kerjasama pihak masjid & surau, pusat sembelihan dan pusat komuniti, Yayasan Maghfirah. Agihan daging akan diberikan kepada mereka yang memerlukan di Seluruh Malaysia.
Korban Luar Negara
Ibadah korban juga dilaksanakan di dalam negara-negara terpilih seperti Kemboja, Malawi, Pakistan, India, Sri Lanka, Mekah, Mauritania dan Mesir. Ini akan jadi suatu pengorbanan kita dan bentuk bantuan buat saudara Islam yang tidak berkemampuan di sana. Pelaksanaan ibadah korban akan dilakukan dengan kerjasama yang dilantik oleh urusetia Korban Untuk Ummah
“Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.” – Riwayat Muslim (1977)
Tempahan untuk Ibadah Korban Ditutup !